Sunday 6 November 2011

Halawatul iman...

Saya nak story sikit ni. Meh rapat-rapat ke depan. Sama-sama kita dengar tazkirah saya kali ni, HALAWATUL IMAN...
Kamu semua tahu apa itu halawatul iman? Ia bermaksud KEMANISAN IMAN. Pernah rasa betapa manisnya iman? Keh3x.. Sama-sama kita kongsikan kali ini.. Baiklah, saya bawakan satu hadis yang saya petik dari dalam buku Hadis 40.
Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Ada 3 perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya akan mendapat kemanisan iman. Orang yang mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cintanya kepada yang lain,orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata dan orang benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah melepaskannya daripada belenggu kekufuran sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka.
Hadis ini saya perhatikan adalah hadis yang ketiga dalam buku Hadis 40 ini.Sama-sama kita mengetengahkan isi-isinya. Yang pertama, adalah orang yang mencintai Allah dan Rasulnya melebihi yang lain. Hmmm.. kita ambil masa 5 minit untuk fikir, kita ke orang tu?
    Bukan? Kalau bukan, mari sama-sama kita beritahu hati kita, yang kita belum dapat Halawatul Iman, dan kalian mahukan ia. Tanamkan di dalam hati, aku mampu. Dan esok ia dah bermula kerana sekarang ia dah pun bermula. Jangan mengharap pada esok kalau rasa saat ini, kita boleh lakukan. Mencintai Allah dan Rasul melebihi yang lain? Bagaimana? Kita fikir bersama-sama... Adakah aku tidak layak? Aku ni memang jahat.. tak boleh berubah? Boleh ke kita fikir macam tu?
     Jadi, adalah lebih baik kita sama-sama pupuk diri untuk berubah. Cintakan Allah itu lebih..Dan yang lain, kita kurangkan dahulu. Cari cinta-Nya. Fikir yang kita sememangnya mampu untuk melakukannya. Cuba berfikir sejenak,,, ambil masa.. Jangan melakukan sesuatu perkara dengan tergopoh gapah.. Salah satu perkara yang Nabi junjungan kita tak suka adalah sikap tergopoh gapah.. Bayangkan..Nabi sendiri tidak suka kalau kita solat dalam keadaan tergopoh gapah dan terburu-buru, inikan pula dalam perkara lain..
Mulakan dengan niat.... Renungkan... 
      Yang kedua, mencintai orang lain kerana Allah semata-mata.. Adakah anda pernah mencintai orang lain? sahabat? kekasih mungkin? Sedang anda bercinta itu, adakah terfikir dalam otak kita dengan satu nama 'ALLAH'? Ingat?
      Mungkin tidak... kerana saat itu syaitan sedang membisikkan sesuatu.. Di mana kita akan khayal dengan cinta manusia.. Kita fikir bersama-sama.. Adakah esok aku hidup lagi? Adakah esok aku boleh bersuka ria dengan pasangan aku lagi? Mari kita renungkan.. Kadang-kadang sikap kita sendiri membawa kita ke lembah durjana. Kita tak tahu apa yang akan terjadi esok.. Alangkah baiknya kalau kita sempat bertaubat sebelum ajal kita datang menjemput.. Dan berdoalah..
Ya Allah, Engkau temukan lah aku dengan manusia yang melabuhkan cintanya kepada Mu... Agar dia boleh mengajakku untuk turut melabuhkan cintaku kepadaMu...
       Dan yang ketiga...orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelematkannya dari belenggu kekufuran.. Sama-sama kita fikirkan.. Apa yang selama ni kita dah buat?? Adakah cukup untuk menampung diri kita di padang Mahsyar nanti..? Cuba bawa diri kita sejenak ke satu konsep, AKU ADALAH HAMBANYA KERANA DIA ADALAH PENCIPTA TERAGUNGKU...
Angkat tangan... Mulakan dengan Bismillah..
"Ya Allah, aku hambaMu.. KepadaMu aku berserah.. Dan kepadaMu aku memohon pertolongan.. Ya Allah, tetapkanlah imanku.. Jangan ada Ya Allah, Kau selitkan dengan racun berbisa yang datangnya dari syaitan.."
Buka minda.. Buka hati.. Pandang ke langit...:-)

No comments:

Post a Comment