Saturday 5 November 2011

Firaun dan Asiyah itu c0nt0h...

Dilihat dari segi kejadiannya, Asiyah adalah seperti manusia lain yang sama sahaja seperti wanita lain. Dalam kemewahan Firaun ketika itu, tidakkah Asiyah inginkan sebahagian kemewahan tersebut? Cuba kita sama-sama fikirkan... Di dalam Al-Quran sendiri telah menyatakan sebahagian sifat manusia:
"Ketahuilah, manusia itu benar-benar telah melampaui batas,apabila ia memandang dirinya serba cukup..."
Jika andalah yang berada di tempat Asiyah, adakah anda akan bertindak untuk mengaut harta kekayaan Firaun? Perkara yang manusia lain buat amat berbeza dengan Asiyah. Segala kekayaan Firaun tidak dipandangnya. Awal-awal lagi dia telah menutup telinga untuk tidak mendengar bisikan syaitan akan kemewahan yang sememangnya sementara sahaja. Bila dunia ini terhenti nanti, pasti... segalanya akan berakhir juga.
Itulah yang ditanam di dalam hati Asiyah... Baginya, kekayaan Firaun itu tidak membawanya untuk menjejak syurga Allah. Yang dia harapkan hanyalah, pada suatu ketika nanti, pada syurga Allah nanti terbina satu rumah buatnya. Tidak mengharap pada istana atau apa-apa sahaja. Cuma sebuah rumah. Kezaliman yang dilakukan Firaun tidak sekali-kali memepengaruhinya untuk turut berkelakuan zalim. Maka Asiyah selalu berdoa kepada Allah :
"Maka lepaskan aku dari angkara Firaun dan perbuatannya serta selamatkan aku daripada orang-orang yang berkelakuan zalim."
Lihatlah.... Betapa kuatnya jati diri Asiyah. Walaupun dirinya dikelilingi dengan pelbagai godaan, namun, keimanan dalam hati tetap teguh. Sama-sama kita fikirkan. Jika kitalah yang dikelilingi dengan harta kekayaan. Adakah kita terjerat dengan kemewahan itu? Tepuk dada tanya iman.
Dalam era langit terbuka kini, semuanya terbuka. Aurat dibuka... Mulut dibuka.. Hampir kesemuanya mahu dibuka. Sedarlah sahabat-sahabat...  Sedang semuanya terbuka, adakah kita mahu pintu syurga pula yang tertutup untuk kita? Renung-renungkanlah... Dan percaya kita diciptakan di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepada Allah..Mentaati segala perintahnya..

edited by:zieyla inspektor blank..2404

No comments:

Post a Comment