Sunday 6 November 2011

ia bernilai hanya pada kita

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

"Untuk apa?" tanya si ayah.
"Nak bungkus hadiah" jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya." pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah."

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah…. nanti nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi" "Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!


"Hadiah apa ni?"
"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk" (al-Ankabut:6)

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


    Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
    Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
     Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
     Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

     Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
     Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
     Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
     Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
     Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
     Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
     Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
     Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
     Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
     Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
     Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
     Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
     Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
     Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
    Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
    Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
     Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

Halawatul iman...

Saya nak story sikit ni. Meh rapat-rapat ke depan. Sama-sama kita dengar tazkirah saya kali ni, HALAWATUL IMAN...
Kamu semua tahu apa itu halawatul iman? Ia bermaksud KEMANISAN IMAN. Pernah rasa betapa manisnya iman? Keh3x.. Sama-sama kita kongsikan kali ini.. Baiklah, saya bawakan satu hadis yang saya petik dari dalam buku Hadis 40.
Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Ada 3 perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya akan mendapat kemanisan iman. Orang yang mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cintanya kepada yang lain,orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata dan orang benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah melepaskannya daripada belenggu kekufuran sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka.
Hadis ini saya perhatikan adalah hadis yang ketiga dalam buku Hadis 40 ini.Sama-sama kita mengetengahkan isi-isinya. Yang pertama, adalah orang yang mencintai Allah dan Rasulnya melebihi yang lain. Hmmm.. kita ambil masa 5 minit untuk fikir, kita ke orang tu?
    Bukan? Kalau bukan, mari sama-sama kita beritahu hati kita, yang kita belum dapat Halawatul Iman, dan kalian mahukan ia. Tanamkan di dalam hati, aku mampu. Dan esok ia dah bermula kerana sekarang ia dah pun bermula. Jangan mengharap pada esok kalau rasa saat ini, kita boleh lakukan. Mencintai Allah dan Rasul melebihi yang lain? Bagaimana? Kita fikir bersama-sama... Adakah aku tidak layak? Aku ni memang jahat.. tak boleh berubah? Boleh ke kita fikir macam tu?
     Jadi, adalah lebih baik kita sama-sama pupuk diri untuk berubah. Cintakan Allah itu lebih..Dan yang lain, kita kurangkan dahulu. Cari cinta-Nya. Fikir yang kita sememangnya mampu untuk melakukannya. Cuba berfikir sejenak,,, ambil masa.. Jangan melakukan sesuatu perkara dengan tergopoh gapah.. Salah satu perkara yang Nabi junjungan kita tak suka adalah sikap tergopoh gapah.. Bayangkan..Nabi sendiri tidak suka kalau kita solat dalam keadaan tergopoh gapah dan terburu-buru, inikan pula dalam perkara lain..
Mulakan dengan niat.... Renungkan... 
      Yang kedua, mencintai orang lain kerana Allah semata-mata.. Adakah anda pernah mencintai orang lain? sahabat? kekasih mungkin? Sedang anda bercinta itu, adakah terfikir dalam otak kita dengan satu nama 'ALLAH'? Ingat?
      Mungkin tidak... kerana saat itu syaitan sedang membisikkan sesuatu.. Di mana kita akan khayal dengan cinta manusia.. Kita fikir bersama-sama.. Adakah esok aku hidup lagi? Adakah esok aku boleh bersuka ria dengan pasangan aku lagi? Mari kita renungkan.. Kadang-kadang sikap kita sendiri membawa kita ke lembah durjana. Kita tak tahu apa yang akan terjadi esok.. Alangkah baiknya kalau kita sempat bertaubat sebelum ajal kita datang menjemput.. Dan berdoalah..
Ya Allah, Engkau temukan lah aku dengan manusia yang melabuhkan cintanya kepada Mu... Agar dia boleh mengajakku untuk turut melabuhkan cintaku kepadaMu...
       Dan yang ketiga...orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelematkannya dari belenggu kekufuran.. Sama-sama kita fikirkan.. Apa yang selama ni kita dah buat?? Adakah cukup untuk menampung diri kita di padang Mahsyar nanti..? Cuba bawa diri kita sejenak ke satu konsep, AKU ADALAH HAMBANYA KERANA DIA ADALAH PENCIPTA TERAGUNGKU...
Angkat tangan... Mulakan dengan Bismillah..
"Ya Allah, aku hambaMu.. KepadaMu aku berserah.. Dan kepadaMu aku memohon pertolongan.. Ya Allah, tetapkanlah imanku.. Jangan ada Ya Allah, Kau selitkan dengan racun berbisa yang datangnya dari syaitan.."
Buka minda.. Buka hati.. Pandang ke langit...:-)

Bodohnya saya....

Ingin saya berkongsi cerita... Ketika saya sedang sibuk menyiapkan lakaran layout sebuah gambar, saya dihubungi oleh satu nombor yang saya tidak kenali. Apa lagi tangan saya pun gatal lah bagi mesej..
Saya : Sape ni?
Mamat: Saya Mamat. Awak?
Saya : Saya tut....binti tut....
Mamat: Boleh berkenalan tak?
Saya :Hmm... Boleh.
Saat tu memang tak lekang dari bibir saya ni senyuman. Maklumlah, ulat bulu dah naik daun! Haha.. 30 minit lepas tu...
Mamat: Awak dah makan?
Saya : Dah lah.. awak?
Mamat: Dah jugak.. Awak jom kita couple.
Saya : Nak buat ape? Kan baru kenal.
Mamat: Saya dah lama lah kenal awak..
Saya :?????
Mamat: Nak tak?
Saya : Merepek r...
Mamat: Jomlah.. saya bosanlah kalau tak ade makwe..
Masa tu, dalam kepala otak saya fikir, BONGOK SIOT MAMAT NI!! Tak ade kerja apa. Hergh....20 minit lepas tu..
Mamat: Awak, jomlah. Kita couple.
Saya : Tak naklah..
Mamat: Nape?
Saya : Sebab saya tak kenal awak..
Mamat: Kan dah kenal..
Saya : Giler eh?
Huh... Dan mamat tu diam. Selamat saya! Tapi 1 jam lepas tu... saya dapat mesej macam ni..
Mamat: Sayang... kenapa ni? Kenapa tak nak couple?
Saat tu... Fuh... macam kena kejutan elektrik.. sayang? Bergegar jantung saya...
Mamat: Sayang....
Saya : Yer....
Mamat: Nak tak?
Saya pun diam jer la... Then, sampai dekat 10 missed call..saya pun pening tak tahu nak buat ape.
Mamat: Saya nak awak jadi makwe saya. Tu jer. Sebab saya memang bosan kalau tak ade makwe.
Saya : Heh.. Bodoh eh? Nak couple sebab bosan jer?
Mamat: Hahaha..Nak tak?
Saya : Boleh jugak. Saya pun bosan tak ade pakwe.
Mamat: Bodoh eh?
Saya : Apsal plak cakap saya macam tu?
Mamat: Couple sebab bosan? Bodoh! Tahu tak?
Saya : Tak gune kauuuuu!!!!!

Mula-mula tak nak,, tapi disebabkan pujuk rayu, terima jer?mana boleh macam tu... kita kena berani buat keputusan yang betul! c0nclusi0nnyer, tetapkanlah diri sendiri untuk terus teguh di muka bumi ni..
                                                         
          edited by:Zieyla inspektor Blank dari kaCaNg bErdErai...

Saturday 5 November 2011

Firaun dan Asiyah itu c0nt0h...

Dilihat dari segi kejadiannya, Asiyah adalah seperti manusia lain yang sama sahaja seperti wanita lain. Dalam kemewahan Firaun ketika itu, tidakkah Asiyah inginkan sebahagian kemewahan tersebut? Cuba kita sama-sama fikirkan... Di dalam Al-Quran sendiri telah menyatakan sebahagian sifat manusia:
"Ketahuilah, manusia itu benar-benar telah melampaui batas,apabila ia memandang dirinya serba cukup..."
Jika andalah yang berada di tempat Asiyah, adakah anda akan bertindak untuk mengaut harta kekayaan Firaun? Perkara yang manusia lain buat amat berbeza dengan Asiyah. Segala kekayaan Firaun tidak dipandangnya. Awal-awal lagi dia telah menutup telinga untuk tidak mendengar bisikan syaitan akan kemewahan yang sememangnya sementara sahaja. Bila dunia ini terhenti nanti, pasti... segalanya akan berakhir juga.
Itulah yang ditanam di dalam hati Asiyah... Baginya, kekayaan Firaun itu tidak membawanya untuk menjejak syurga Allah. Yang dia harapkan hanyalah, pada suatu ketika nanti, pada syurga Allah nanti terbina satu rumah buatnya. Tidak mengharap pada istana atau apa-apa sahaja. Cuma sebuah rumah. Kezaliman yang dilakukan Firaun tidak sekali-kali memepengaruhinya untuk turut berkelakuan zalim. Maka Asiyah selalu berdoa kepada Allah :
"Maka lepaskan aku dari angkara Firaun dan perbuatannya serta selamatkan aku daripada orang-orang yang berkelakuan zalim."
Lihatlah.... Betapa kuatnya jati diri Asiyah. Walaupun dirinya dikelilingi dengan pelbagai godaan, namun, keimanan dalam hati tetap teguh. Sama-sama kita fikirkan. Jika kitalah yang dikelilingi dengan harta kekayaan. Adakah kita terjerat dengan kemewahan itu? Tepuk dada tanya iman.
Dalam era langit terbuka kini, semuanya terbuka. Aurat dibuka... Mulut dibuka.. Hampir kesemuanya mahu dibuka. Sedarlah sahabat-sahabat...  Sedang semuanya terbuka, adakah kita mahu pintu syurga pula yang tertutup untuk kita? Renung-renungkanlah... Dan percaya kita diciptakan di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepada Allah..Mentaati segala perintahnya..

edited by:zieyla inspektor blank..2404